Apakah Itu Program Kerjasama IPTA / Universiti Awam?

Program kerjasama IPTA / UA ini adalah alternatif terbaik bagi pelajar yang tidak layak mendapat tempat di UPU Online.

Caranya untuk mendapatkan kelayakan itu adalah menerusi program kerjasama di antara institut pengajian tinggi dan kolej swasta dalam beberapa program pengajian siswazah (asasi, diploma dan sarjana muda) yang membolehkan pelajar mendapat kelayakan universiti tanpa ke universiti awam (UA). Pelajar yang menyertai program francais ini akan memperoleh ijazah dari UA.

 

Ramai ibu bapa menyangka yuran pengajian adalah ditetapkan oleh pihak kolej dan menjadi mahal.

Untuk pengetahuan, jumlah yuran pengajian program kerjasama ini sebenarnya sama seperti yang telah ditetapkan oleh pihak ipta sendiri. Jadi, tiada istilah ‘mahal’ disini.

Dari segi program pengajian di semua peringkat pengajian sama ada diploma, ijazah sarjana muda yang disediakan oleh rakan kerjasama (kebanyakannya kolej swasta) adalah sama seperti yang ditawarkan di IPTA. Persetujuan telah dicapai antara mereka untuk menganugerahkan sijil kelayakan kepada pelajar dan ada diantaranya menghadiri konvokesyen di Universiti Awam tersebut.

Antara universiti yang menjalinkan kerajasama erat dengan beberapa kolej swasta di negara ini seperti USM, UTM, UiTM, UPM dan UKM.

Terdapat beberapa kebaikan memilih program kerjasama IPTA / UA ini secara terus, tanpa melalui Permohonan UPU Online. Antaranya adalah:

Jimat Masa

Dengan memilih program kerjasama ini pelajar dapat menamatkan pelajaran dengan lebih cepat. Ini adalah kerana program kerjasama di luar kampus ini ada diantaranya menawarkan kursus yang lebih singkat berbanding belajar di dalam kampus awam itu sendiri. Sebagai contoh, Diploma Sains Komputer di UPM mengambil masa 3 tahun. Namun program kerjasama UPM di kolej ada diantaranya hanya mengambil masa 2 tahun setengah sahaja. Dapat menamatkan pengajian lebih awal juga dapat memberikan kelebihan kepada pelajar dalam mendapat tempat di dalam industri dengan lebih cepat berbanding rakan sebaya.

Dengan memilih program kerjasama IPTA / UA secara terus tanpa melalui UPU Online, dapat menjimatkan masa pelajar. Ini kerana setiap tangga proses UPU dari Permohonan UPU, Proses Pemilihan, Semakan UPU, Rayuan UPU hingga Keputusan UPU akhir adalah amat lama. Secara purata, pelajar harus menunggu diantara 4 hingga 6 bulan untuk mendapat panggil Universiti Awam melalui UPU Online. 

Boleh Memilih Tempat Belajar

UiTM mempunyai lebih dari 15 kampus seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Dengan memohon program melalui UPU Online, pelajar tidak boleh memilih kampus UA yang di ingini. Sebagai contoh, pelajar yang memohon UiTM melalui UPU Online dan tinggal di Negeri Selangor juga boleh ditawarkan tempat di Sabah ataupun Sarawak walaupon terdapat beberapa kampus UiTM di dalam Negeri Selangor.

Boleh Memilih Kursus Secara Spesifik

UPU Online sentiasa menyediakan sehingga 8 pilihan program kepada pelajar. Ini adalah kerana tempat belajar adalah sedikit dan permintaan tempat adalah amat besar. Oleh itu, permohonan tempat belajar melalui UPU Online adalah tertakluk kepada kekosongan. Ada diantara pelajar yang hanya diberikan tempat selepas pilihannya yang ke 8!

Selain ketidakpastian tempat belajar, kursus melalui Permohonan UPU juga adalah sesuatu yang tidak tetap. Memohon secara terus ke Program Kerjasama IPTA / UA ini dapat mengurangkan masalah ketidakpastian ini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut program – program kerjasama yang tawarkan, pelajar boleh merujuk sistem directory ipta.my atau sekiranya tidak pasti dan keliru boleh menyemak kelayakkan dilaman web ipta.my. SEMOGA BERJAYA!

Perlukan Khidmat Nasihat?
Hubungi / WhatsApp

Hubungi Kami :

No Telefon : 013 - 650 6810

Email : info@ipta.edu.my

Alamat :

Unit 215, Tingkat 2, Block C, 

Kelana Square, Jalan SS7/26,

47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan.

Kegunaan Pejabat :

Log Masuk

Daftar ID 

Perlukan Khidmat Nasihat?
Hubungi / WhatsApp

013 - 650 6810

FB@IPTA.MY